Pages

zwani.com myspace graphic comments

Saturday, November 24, 2012

Bersangka Baik Please....^_^



~Hari ini mungkin dia TIDAK BERTUDUNG, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS MENUTUP AURATNYA~
~Hari ini mungkin dia seorang yang KAKI MENGUMPAT DAN MENCELA, esok lusa mungkin dia adalah yang PALING LEMBUT BICARANYA~
~Hari ini mungkin dia seorang yang INGKAR kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang PALING ISTIQAMAH melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang LENA~



p/s : Kita TIDAK PERNAH TAHU danTIDAK AKAN TAHU..tugas kita bukan me'NERAKA'kan orang..tetapi, MENGAJAK MANUSIA ke jalanNya dan SALING MENDOAKAN..maka, JANGAN HINA permulaan seseorang kerana kita TIDAK TAHU bagaimana PENGAKHIRANNYA..♥

 -hudadzul-


Memang Allah Sengaja???

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat dan diriku yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..♥


Thursday, November 22, 2012

Pencuri???


p/s: ku masih menanti dan terus menanti...  mudah-mudahan Allah hadiahkan aku seorang imam utkku yg soleh yg mane tika aku memandangnye, aku selalu mengingatiMu, ya Rabbi.. Walau siapa pun dia, aku redha.. Sesungguhnye Allah sahaja yg maha mengetahui segala isi hati ku...

-hudadzul-


Saturday, October 27, 2012

Cukuplah Menangis....='(

Allah....
Hasbiyallah....Hasbiyallah.....Hasbiyallah....
cukuplah.... cukuplah wat aku menangis, ya Allah...
kenapa dgn aku???
kenape dgn aku ya Allah....
 slhkah aku???
setiap kali aku terase imanku goyah,aku lemah...
aku pasti menangis...
sakit kah aku ni ya Allah???

kesian kewage aku...
susah pyh risaukn aku...
aku cube kuatkn diri aku...
tapi aku x mampu menahan sorg diri...

andai aku luahkn sumenye, kwage aku mesti risau lagi sal aku...
lau aku jelaskn masalah aku, ade yg mrh2...
aku nk mengadu kat sape?
x dop sape yg dpt bantu hapuskn air mata ni...

aku cukup letih hidup mcm ni...
ape sakitku ya Allah...
bantulah aku...
aku cuma tersyg hambaMu yg satu tu je...
aku cume teringin nk bersama die je...
tapi nape dugaannye serumit gini ya Allah...
betapa hebat Kau uji ku ya Allah...

aku tau ni salah satu teguran dari Mu...
pulihkan aku ya Allah...
pimpinlah aku tuk jadi wanita solehah...
jauhkan lah aku jatuh krn lelaki...
bantu aku ya Allah...

skang aku cuma bergantung padaMu...
aku cuma bergantung pada kasih sygMu...
tiada lagi hamba2Mu yg laen yg dpt menandingiMu...

aku sygkn kwage aku...
kurgknlah bebanan mereka...
permudahkan segala urusan mereka...
jgn kerana aku,mereka sakit...
perkenanknlah segala doaku selama ni ya Allah...
hapuskanlah air mataku lau selain dr krn Mu....
hasbiyallah.....='(






Sunday, September 30, 2012

Hati oh Hati...


-hudadzul-

 

Berterima kasihlah.. :)

 
Berterima kasihlah kepada insan
yang pernah kecewakan
dan sakitkan kita,
sebabnya dari kekecewaan itu,
kita menjadi hebat..
Sakit itu penawar bagimu.. :)

-hudadzul-




Pesanan Buat Mereka yang Dah Kawen..^_^

"Ketika isteri sedang marah-marah, si suami kena sabar.. jangan lawan, biarkan dia, kalau lawan boleh mengundang perbalahan.. hadapilah karenah isteri dengan baik.. jangan lawan belaka dan jangan ikut belaka, kerana isteri memang "kurang akalnya". Wanita ni lemah, kalau lawan mesti menang lelaki.. mengalah bukan bererti kalah.."

(sedutan dari kitab Muhimmah)


-Ustaz Azhar Idrus-



   


Perempuan yang perlu cerewet...=)

Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya. Kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi MAKMUMnya...



Yang harus cerewet adalah wanita. Kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon IMAM yang mampu membimbing dengan baik. Kerana memilih bakal IMAM, lebih penting dari memilih bakal MAKMUM...



-hudadzul-


Jangan Putus Asa Ye....=)

Jangan putus asa jika Allah SWT menunda apa-apa yang kamu sukai...
Jangan bersedih hati...
Tapi bersabar dan tersenyumlah...
Kerana DIA berfirman dengan penuh
kasih sayang...




-hudadzul-




Satu Amanah....(^_^)

Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”


Saturday, July 21, 2012

Keputusan Penempatan Kolej...^_^

...Alhamdulillah...
...Alhamdulillah...
...Alhamdulillah...
..Mudah-mudahan tiada perubahan lepas ni..
...aminn...


Monday, May 28, 2012

Duhai Iman..............



Iman itu tidak pernah hadir di saat hati menyenangi dunia
Iman jugak tidak akan lahir dari hati yang telah dihiasi dengan keindahan harta
Tetapi iman itu terbit tika malam semakin pantas menyinsing waktunya, mencari dan tercari sekeping hati yang menangis dosa-dosa yang membelenggu diri di saat dahi menyembah ke bumi, sementara teman yang lain terus sibuk mencari mimpi yang menghijab diri dari "Nur Ilahi"

-Allahu Rabbi-


Bila ku renung balik.....
Macam mane aku nk tlg agamaMu ya allah andai iman ku sendiri lemah???
Allahu rabbi.... aku nk berubah.... aku nk berubah.... bantulah aku... aku nk tlg agamaMu... kuatkan lah aku.. kuatkanlah umat yg memperjuangkan agamaMu ya Allah.... 

TAKBIR.....!!!!  ALLAHU AKBAR....!!!




Sunday, April 22, 2012

Ya, Allah...Seandainya aku.....

yang ikhlas,
anakmu,hudadzul



Pentingnya tidor bile mata mengantuk....^_^

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika sese...orang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata:

"Benarlah Salman." (Bukhari)

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."


Sunday, February 12, 2012

Cinta itu fitrah atau fitnah???

Jangan disalah ertikan tentang cinta yang berlabuh...
kerana cinta itu adalah Fitrah manusia yang dikurniakan Allah kepada setiap hambaNYA..Tapi janganlah terlalu berlebih2 mncintai seseorang yang belum tentu lagi jadi milikmu...Kerana ketetapan Allah tidak dapat kita duga, mungkin esok telah tiada untuk kita, maka kemanakah dosa2 yang kita lakukan akan dibawa???

" Cinta adalah Fitrah, dan fitrah perlukan hidayah.Jika tidak, maka fitrah menjadi fitnah"...



Mengumpat????

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka dia berkata kpd Allah, "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yg byk ini, sdgkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :
"Semua itu kebaikan(pahala) org yg mengumpat engkau tanpa engkau ketahui."

p/s: fikir2kan lah lau ase2 nok mengumpat org len....pesanan buat diri ana jugek..=p


Friday, February 10, 2012

Istikharah Cinta.....♥

Sape nak dengar???cikit je ni...^_^


Firman Allah swt dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 maksudnya....

"Wahai nabi, katakanlah kepada isteri2 kamu, anak2 perempuan kamu dan kepada isteri2 org mukmin, hendaklah mereka melabuhkan JILBAB mreka keseluruh tubuh, yg demikian itu supaya mereka mudah dikenal dan mereka tidak diganggu, Allah maha Pengampun, lagi maha Penyayang".

p/s:bagi kaum hawa, jom kite tukar imej kite ke arah yg Allah perintahkan....^_^



-I LOVE ALLAH-